free web site traffic and promotion

Saturday, June 30, 2012

New Born


Hai Blog ! Nampak tak makhluk kecil kat dalam gambar kat atas tu? (Abaikan bayang tangan tuan punya kolam yang ambil gambar) Tak nampak ? Ambil mikroskop....Haaa...nampak pun kan...itu la baby guppy yang baru dilahirkan.Sebenarnya ada banyak lagi tau.Tak sempat snap.Baby guppy tu tengah berehat atas pasu pecah yang diletak di atas kolam.Nak tips? Berminat nak biakkan baby guppy macam ni?Ok,disini nabila letakkan tips-tips sebelum korang semua mulakan dan berdasarkan pengalaman membela guppy ni :

OK, First of all, we must :   

-Sediakan kolam/bekas(jgn terlalu kecil) ....
Biarkan air selama 2 hari bagi menghilangkan klorin(jgn dok kalut sangat baru bubuh air hampa lepas ikan conform mati nanti,nabila dah penah try habis semua mati,masa tu tak tau lagi)
Letak pasu pecah di dalam kolam/bekas tersebut(nak biakkan ikan mestilah kena letak pasu pecah,ikan pun nak tempat privacy,hampa ingat manusia saja ka...haha..OK,merapu :p)
Jangan letak pokok-pokok plastik yang tinggi lebih dari paras air(Guppy ni dia spesies yang aktif,so berdasarkan pengalaman nabila membela ikan ni guppy ni selalu dijumpai mati tersepit di celahan pokok plastik tersebut,so kesiankan? Jadi, better xyah bubuh pun tak pa nak selamat. Oksigen guna tak? tak payah pun takpa, tapi kalau berniat nak biakkan guppy baik tak payah takut anak guppy disedut habis la.guppy kalau takda oksigen pun dia boleh hidup)

Selepas 2 hari ...............(air dibiarkan)  
Nak biak? Kena ada guppy jantan dan betina.Guppy betina dia lebih besar terutama dekat abdomen dia.Guppy jantan lebih runcing yakni lebih slim.Guppy yang berada di dalam plastik tadi apungkan dulu di dalam air tersebut selama lebih kurang dalam 15 minit, nak bagi dia biasa dengan suhu air,jangan kalot tau...kalau lepas terus, mati la...bela guppy jangan dok kalot-kalot kena sabar k.
Jangan campurkan guppy yang dibeli di kedai dengan guppy yang ditangkap sendiri di dalam parit sebab guppy kedai ni dia manja sikit berbanding guppy yang dari parit lebih lasak.

Selepas sebulan........ 
"Air dah hijau la? dah xleh nampak la ikan guppy? Salin air la....Kesian pulak guppy-guppy ni duduk dalam air yang kotor."  
JANGAN !! kalau nak salin air boleh tapi sebaiknya air hujan....biar ja kolam/bekas tu kena tempias hujan.Nak salin air jangan salin semua dengan cara mengasingkan ikan-ikan lepas tu buang air yang dah lama tu.OK,JANGAN! Nak salin, buang separuh air kolam/bekas tu dengan air yang tiada klorin seperti air hujan.Untuk pengetahuan pembaca blog ini, air kalau dah jadi warna hijau baik tak payah tukar pun takpa.Sebab air tu mengandungi lumut.Lumut dalam air tu adalah makanan anak ikan yang baru lahir terutama lumut yang ada dekat pasu pecah.Kalau terlupa nak bagi makan ikan tu dalam sehari ikan tu dah ada sumber yang lain dah.Ikan guppy mampu hidup dalam air yang tidak ditukar selama tiga bulan berdasarkan pengalaman nabila.  

Makanan Guppy? Apa?
-Flake yang dijual di kedai (macam bijirin)
-Makanan ikan yang halus   

Yang paling baik untuk pembiakan guppy ?
Letakkan kiambang di dalam kolam/bekas.sebab anak guppy yang dah lahir dapat menyorok kat celah-celah kiambang.PERHATIAN! Ibu guppy makan anak dia sendiri.Jadi,tempat persembunyian diperlukan.  

Xda kiambang lah.....camna?  
Apungkan kayu buruk di dalam bekas/kolam.Tak cantik la , nak syelek sikit bleh x? 
Tak payah...syelek berbau..takut mati pening je la ikan tu.Biarkan kayu tu tanpa di touch up bagai.Ngada sangat aihh!  

Jangan lupa bagi makan ikan tu yer, dua kali sehari,tapi jangan bubuh banyak k....kalau banyak sangat takut guppy tu mati kekenyangan pulak.


-OK,SELAMAT MENCUBA-   

(Sebarang pertanyaan boleh la korang tinggalkan dekat "footsteps" tu, insyaallah, saya akan cuba jawab)









Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah :D

yEah...LAMA betol blog ini tidak di update.Yer lah,sibuk dengan persiapan nak sambung study.Lebih kurang dua minggu lagi nabila akan berangkat ke Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin Arau,Perlis.Dah rezeki, so terpaksa pergi kan.Moga-moga kejayaan menantiku disana...Amin.
Nak dijadikan cerita memang tak sangka pun akan dapat sebab tak menaruh harapan sangat masa isi UPU tu.Yer..lah lagi ramai calon yang lebih layak kan.Masa nak semak keputusan permohonan tu tak la teruja sangat sebab dah memang give up dengan keputusan IPTA yang dah keluar lebih awal.DUKACITA dimaklumkan anda tidak ditawarkan dot dot dot dot...Perkataan pertama yang nampak dulu DUKACITA....sapa yang tak berduka kan..hahaha...lepas dalam dua tiga hari tu sampai surat tawaran dari KOLEJ TEKNOLOGI PULAU (ISLAND COLLEGE)....rasa macam nak pergi ja sambung study kat situ...dia bagi tarikh daftar...kiranya selepas result UPU yang permohonan ke politeknik punya keluar pun boleh daftar lagi...OK la tunggu punya tunggu...AKHIRYA,hari yang dinanti-nantikan pun tiba...Selepas pukul 12 tghri cek buka la laman web dia nak semak....DEBAR jugak masa nak masukkan nombor kad pengenalan ni...huhh...sebelum tu tarik nafas dalam-dalam pastu lepas....jari telunjuk kanan KLIK ENTER...mata tak snggup tgk skrin lappy terus pandang ke kanan sambil tangan kanan tutup mata (surprise la konon) ...Then,pusing kepala pandang skrin alihkan tangan secara perlahan-lahan...TAHNIAH SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN DIPLOMA dot dot dot.....Ehh,btoi ka ni....DI POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG...huyooo jauhnyaaa.....lepas beberapa ari baru boleh cetak surat tawaran.....ehh (konpius) !! hari tu kata pahang ni surat tawaran kata perlis pulak...Hmm...last kali xpuas hati check kt UPU punya FB...bnyk komen2 yang kata yg mana tertulis dlm surat tawaran tu confrm dah...Ohh (ckp dlm hati) mknanya ak dpt perlis la...Tapi tu la kan rezeki kurniaan Allah...Kalau telah ditakdirkan yang tu rezeki kita maka dpatlah...tapi memang xsangka langsung akan dapat....Syukur ALHAMDULILLAH....moga perjalananku dalam menuntut ilmu akan dipermudahkan olehNYA....Insyaallah... :)