Abah...
Janganlah bersedih lagi
Ini adalah ujian dari Allah
Untuk kita sekeluarga
Kita mampu untuk menghadapinya
Biarkanlah mereka
Usah difikir tentang mereka lagi
Kerana...
Balasan Allah itu pasti
Terlepas di dunia
Akhirat menanti
Wahai bapa-bapaku...
Apakah salah Abah?
Adakah kerana perbezaan politik
Pasir kalian taburkan ke dalam periuk nasi kami
Kalian hidup di dalam mahligai
Kalian tidak akan pernah mengerti
Kalian punya kuasa
Bukan bermakna kalian mampu buat apa saja
Lupakan tentang kemajuan
Jika masih ada hasad dengki sesama sendiri
Lupakan tentang segalanya
Jika hidup masih berpuak-puak
Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan
Aku anak seorang penternak
Benar kata guruku
Ilmu adalah kuasa
Jika ada kuasa tetapi tiada ilmu
Manusia tidak akan mampu mentadbir
Hari ini aku telah melihat sendiri
Kuasa yang ada tetapi tidak digunakan dengan betul
Penternak dilapor
Penagih kau sorokkan
Hanya kerana perbezaan fahaman
Yang halal diharam
yang haram kau halalkan
Inikah cara pemimpin
Aku anak seorang penternak
Yang kalian taburkan pasir ke dalam beras kami
Suatu hari nanti
Jika aku menjadi seorang yang berjaya dalam hidup
Jika aku menjadi seorang pemimpin
Aku pasti akan bertindak dengan adil
Tidak akan ku ikutkan keegoan hati
Semoga aku sentiasa berada di landasan yang betul
Hasil Nukilan : Mawar Putih
*Kampung Pelet
