free web site traffic and promotion

Sunday, November 17, 2013

Luahan hati anak seorang penternak Kampung Pelet


 
 
Abah...
Janganlah bersedih lagi
Ini adalah ujian dari Allah
Untuk kita sekeluarga
Kita mampu untuk menghadapinya
Biarkanlah mereka
Usah difikir tentang mereka lagi
Kerana...
Balasan Allah itu pasti
Terlepas di dunia
Akhirat menanti
 
 
Wahai bapa-bapaku...
Apakah salah Abah?
Adakah kerana perbezaan politik
Pasir kalian taburkan ke dalam periuk nasi kami
Kalian hidup di dalam mahligai
Kalian tidak akan pernah mengerti
Kalian punya kuasa
Bukan bermakna kalian mampu buat apa saja
 
Lupakan tentang kemajuan
Jika masih ada hasad dengki sesama sendiri
Lupakan tentang segalanya
Jika hidup masih berpuak-puak
Ke mana hilangnya nilai kemanusiaan
 
 
Aku anak seorang penternak
Benar kata guruku
Ilmu adalah kuasa
Jika ada kuasa tetapi tiada ilmu
Manusia tidak akan mampu mentadbir
Hari ini aku telah melihat sendiri
Kuasa yang ada tetapi tidak digunakan dengan betul
 
 
Penternak dilapor
Penagih kau sorokkan
Hanya kerana perbezaan fahaman
Yang halal diharam
yang haram kau halalkan
Inikah cara pemimpin
 
Aku anak seorang penternak
Yang kalian taburkan pasir ke dalam beras kami
 
Suatu hari nanti
Jika aku menjadi seorang yang berjaya dalam hidup
Jika aku menjadi seorang pemimpin
Aku pasti akan bertindak dengan adil
Tidak akan ku ikutkan keegoan hati
Semoga aku sentiasa berada di landasan yang betul
 
 
 
 
 
Hasil Nukilan : Mawar Putih 
*Kampung Pelet
 
 

 
 
 


Saturday, June 30, 2012

New Born


Hai Blog ! Nampak tak makhluk kecil kat dalam gambar kat atas tu? (Abaikan bayang tangan tuan punya kolam yang ambil gambar) Tak nampak ? Ambil mikroskop....Haaa...nampak pun kan...itu la baby guppy yang baru dilahirkan.Sebenarnya ada banyak lagi tau.Tak sempat snap.Baby guppy tu tengah berehat atas pasu pecah yang diletak di atas kolam.Nak tips? Berminat nak biakkan baby guppy macam ni?Ok,disini nabila letakkan tips-tips sebelum korang semua mulakan dan berdasarkan pengalaman membela guppy ni :

OK, First of all, we must :   

-Sediakan kolam/bekas(jgn terlalu kecil) ....
Biarkan air selama 2 hari bagi menghilangkan klorin(jgn dok kalut sangat baru bubuh air hampa lepas ikan conform mati nanti,nabila dah penah try habis semua mati,masa tu tak tau lagi)
Letak pasu pecah di dalam kolam/bekas tersebut(nak biakkan ikan mestilah kena letak pasu pecah,ikan pun nak tempat privacy,hampa ingat manusia saja ka...haha..OK,merapu :p)
Jangan letak pokok-pokok plastik yang tinggi lebih dari paras air(Guppy ni dia spesies yang aktif,so berdasarkan pengalaman nabila membela ikan ni guppy ni selalu dijumpai mati tersepit di celahan pokok plastik tersebut,so kesiankan? Jadi, better xyah bubuh pun tak pa nak selamat. Oksigen guna tak? tak payah pun takpa, tapi kalau berniat nak biakkan guppy baik tak payah takut anak guppy disedut habis la.guppy kalau takda oksigen pun dia boleh hidup)

Selepas 2 hari ...............(air dibiarkan)  
Nak biak? Kena ada guppy jantan dan betina.Guppy betina dia lebih besar terutama dekat abdomen dia.Guppy jantan lebih runcing yakni lebih slim.Guppy yang berada di dalam plastik tadi apungkan dulu di dalam air tersebut selama lebih kurang dalam 15 minit, nak bagi dia biasa dengan suhu air,jangan kalot tau...kalau lepas terus, mati la...bela guppy jangan dok kalot-kalot kena sabar k.
Jangan campurkan guppy yang dibeli di kedai dengan guppy yang ditangkap sendiri di dalam parit sebab guppy kedai ni dia manja sikit berbanding guppy yang dari parit lebih lasak.

Selepas sebulan........ 
"Air dah hijau la? dah xleh nampak la ikan guppy? Salin air la....Kesian pulak guppy-guppy ni duduk dalam air yang kotor."  
JANGAN !! kalau nak salin air boleh tapi sebaiknya air hujan....biar ja kolam/bekas tu kena tempias hujan.Nak salin air jangan salin semua dengan cara mengasingkan ikan-ikan lepas tu buang air yang dah lama tu.OK,JANGAN! Nak salin, buang separuh air kolam/bekas tu dengan air yang tiada klorin seperti air hujan.Untuk pengetahuan pembaca blog ini, air kalau dah jadi warna hijau baik tak payah tukar pun takpa.Sebab air tu mengandungi lumut.Lumut dalam air tu adalah makanan anak ikan yang baru lahir terutama lumut yang ada dekat pasu pecah.Kalau terlupa nak bagi makan ikan tu dalam sehari ikan tu dah ada sumber yang lain dah.Ikan guppy mampu hidup dalam air yang tidak ditukar selama tiga bulan berdasarkan pengalaman nabila.  

Makanan Guppy? Apa?
-Flake yang dijual di kedai (macam bijirin)
-Makanan ikan yang halus   

Yang paling baik untuk pembiakan guppy ?
Letakkan kiambang di dalam kolam/bekas.sebab anak guppy yang dah lahir dapat menyorok kat celah-celah kiambang.PERHATIAN! Ibu guppy makan anak dia sendiri.Jadi,tempat persembunyian diperlukan.  

Xda kiambang lah.....camna?  
Apungkan kayu buruk di dalam bekas/kolam.Tak cantik la , nak syelek sikit bleh x? 
Tak payah...syelek berbau..takut mati pening je la ikan tu.Biarkan kayu tu tanpa di touch up bagai.Ngada sangat aihh!  

Jangan lupa bagi makan ikan tu yer, dua kali sehari,tapi jangan bubuh banyak k....kalau banyak sangat takut guppy tu mati kekenyangan pulak.


-OK,SELAMAT MENCUBA-   

(Sebarang pertanyaan boleh la korang tinggalkan dekat "footsteps" tu, insyaallah, saya akan cuba jawab)









Wednesday, June 20, 2012

Alhamdulillah :D

yEah...LAMA betol blog ini tidak di update.Yer lah,sibuk dengan persiapan nak sambung study.Lebih kurang dua minggu lagi nabila akan berangkat ke Politeknik Tuanku Syed Sirajudddin Arau,Perlis.Dah rezeki, so terpaksa pergi kan.Moga-moga kejayaan menantiku disana...Amin.
Nak dijadikan cerita memang tak sangka pun akan dapat sebab tak menaruh harapan sangat masa isi UPU tu.Yer..lah lagi ramai calon yang lebih layak kan.Masa nak semak keputusan permohonan tu tak la teruja sangat sebab dah memang give up dengan keputusan IPTA yang dah keluar lebih awal.DUKACITA dimaklumkan anda tidak ditawarkan dot dot dot dot...Perkataan pertama yang nampak dulu DUKACITA....sapa yang tak berduka kan..hahaha...lepas dalam dua tiga hari tu sampai surat tawaran dari KOLEJ TEKNOLOGI PULAU (ISLAND COLLEGE)....rasa macam nak pergi ja sambung study kat situ...dia bagi tarikh daftar...kiranya selepas result UPU yang permohonan ke politeknik punya keluar pun boleh daftar lagi...OK la tunggu punya tunggu...AKHIRYA,hari yang dinanti-nantikan pun tiba...Selepas pukul 12 tghri cek buka la laman web dia nak semak....DEBAR jugak masa nak masukkan nombor kad pengenalan ni...huhh...sebelum tu tarik nafas dalam-dalam pastu lepas....jari telunjuk kanan KLIK ENTER...mata tak snggup tgk skrin lappy terus pandang ke kanan sambil tangan kanan tutup mata (surprise la konon) ...Then,pusing kepala pandang skrin alihkan tangan secara perlahan-lahan...TAHNIAH SUKACITA DIMAKLUMKAN ANDA BERJAYA DITAWARKAN DIPLOMA dot dot dot.....Ehh,btoi ka ni....DI POLITEKNIK SULTAN AHMAD SHAH KUANTAN PAHANG...huyooo jauhnyaaa.....lepas beberapa ari baru boleh cetak surat tawaran.....ehh (konpius) !! hari tu kata pahang ni surat tawaran kata perlis pulak...Hmm...last kali xpuas hati check kt UPU punya FB...bnyk komen2 yang kata yg mana tertulis dlm surat tawaran tu confrm dah...Ohh (ckp dlm hati) mknanya ak dpt perlis la...Tapi tu la kan rezeki kurniaan Allah...Kalau telah ditakdirkan yang tu rezeki kita maka dpatlah...tapi memang xsangka langsung akan dapat....Syukur ALHAMDULILLAH....moga perjalananku dalam menuntut ilmu akan dipermudahkan olehNYA....Insyaallah... :)  


Wednesday, May 23, 2012

AWAS! Hati-Hati Dengan Post Anda Di FACEBOOK !

Kerana MULUT BADAN BINASA.Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan dalam entry kali ni yang bertajuk AWAS! Hati-hati Dengan Post Anda Di Facebook! Mungkin ramai yang tak sedar dalam sibuk-sibuk kita melayari  laman sosial seperti Twitter,FB dll, batas tu kena jaga cik adik ...cik kak oiii...
FB bukanlah tempat luahan perasaan.Kenapa? Bangga sangat ka? Luah kt fb ...semua benda sampai dalam kain pun nak cerita...Euwww..ramai pulak tu yang baca ...Satu dunia boleh tau...Kalau orang yang berfikiran matang sikit la kan...apabila dia baca status2 hampa dalam fb maksudnya status yang kalau boleh semua nak bagi tau orang tu dia akan judge hampa mulut tempayan...maknanya golongan yang tidak boleh simpan rahsia.Dah terang lagi bersuluh masalah dia sendiri pun dia tak leh nak handle semua nak bagitau kat orang apa lagi nak simpan rahsia orang lain.Betul tak? Ok,untuk pengetahuan pembaca yang sedang membaca blog ini nabila ni baru saja lepas usha2 fb...lepas tu terrjumpa la dengan status2 yang boleh dianggap status budak baru kenali fb ni...huhh! macam2 depa tulis....yang tak baiknya tu tulis status pasal masalah diri sendiri, gaduh2 ngan kawan,then maki2,cintan berbagai.usha punya usha bukannya depa ni tak pandai sebelum post status depa tu ada pulak post pasal tak bagusnya luah perasaan dalam fb...sepatutnya luah pada Allah dengan cara berdoa...maknanya depa ni dah  tau tapi saja dok buat bengap....Yang tak bagusnya fb ni kan apabila diguna pada jalan yang salah.Contohnya,bila dia ni gaduh ngan kawan dia.Habih heboh tentang keburukan kawan tu biar satu dunia tau siap dengan ayat maki hamun.Wey! hampa ni tak pi sekolah ka? Rasanya subjek maki hamun ni xdak pulak dalam silibus.Cikgu tak pernah ajar pun.Hampa janganlah marah kalau cikgu TerKURANG ajar subjek yang tak perlu tu.Kedua, ada jugak yang post status bertujuan untuk menjatuhkan air muka orang lain.BAIK ka perbuatan anda itu? Cuba fikir2 dan renungkan sejenak... Dengan lihat saja status anda di fb, orang lain boleh judge anda seorang yang macam mana KURANG AJAR ka atau BAIK BUDI PEKERTInya.....atau lain2 perkataan yang boleh diguna pakai.... 



Hati2 tau dengan Post anda di FB! XD

Wednesday, May 16, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX    



Jom Pakat2 Join!!

Entry hari ini admin nak kongsi sikit lah pasal prelaunchX ni.Orang kata tak baik kalau sembunyi sorang2.Lebih baik kongsi dengan orang lain apa yang kita tau kan.PrelauncX ni free tidak dikenakan sebarang bayaran.Anda juga akan diberikan modal $100.00.NAK ke xnak?? Sign up dah dapat $100.00.Sapa xmau kan.Tugasnya mudah sahaja! Anda hanya perlu mempromosikan referral link anda sahaja xkiralah dimana2 pn laman sosial anda fb ka twitter ka xkisah.Hanya promote sahaja link2 anda tuh!Peluang dah didepan mata! Rugi kalau tak rebut! Jadi tunggu apa lagi...Jangan lepaskan peluang anda!Daftarlah sekarang !! 


------->  DAFTAR SINI !! 

Friday, May 11, 2012

Ada story sikit ni nak kongsi ^^Y

Finnaly ........
Lulus jugak test jpj keta.Sekali fail jalanraya lega la rasa bila yang kedua ni lulus.Lepas ni dah xyah pikir dah pasal2 lesen ni.Terlepas beban.Xlarat nak pi latihan.Nak dijadikan cerita sepatutnya test ni akan diambil pada 15/5/12.Kakak yang kat cawangan sekolah memandu tu la yang kata xleh confirm lg mgkin 8 hb atau 15 sebab yang 8hb punya ramai calon yang dah kena reject entah sebab apa.Ok, then xpa la.Tunggu punya tunggu sampai 4hb xda jawapan balas xda sapa2 call pn.Ingat kena 15hb dah la sebab dah bayar untuk latihan praktikal keta sebanyak sekali sebelum test.

Tup..Tup..Tupp.. pada 7hb telefon berdering ..... (lagu tentang rasa by Astrid) ...
Hello,boleh saya bercakap dengan N***** H****?
Ya,saya ni..kenapa?
Esok ada test kereta tau.Pagi esok.
Hah! (terkejut) kenapa baru call?
Maaf la, saya pun banyak nama ni...
Masalahnya...saya dah bayar tau untuk latihan praktikal yang sekali tu.Mana boleh buat macam ni.Dah la bagitau pun lambat! (Mood:bengang)
Nak buat macam mana lagi,nama dah ada dah ni.(dia try change topik) ha..OK..esk nak datang naik transport ke?
(Tengah agak geram) Ha..la..
Hmmm...OK..esk tggu pkl 8....ok bye.
(aku letak talipon terus dalam hati GGRRRRRR) 

Letak2 ja talipon tu dia mula la mai gelabah bewak semua ada.Esk test? OMG!! Xready g nih! dah la aku demam pulak tu malam ni.macam mana nak g test esk??/

Keesokan harinya..........
naik ja kereta viva tu aku bagi salam kat penguji tu.Dia pun jawab.Mula2 tu dia memang nampak baik.Tetapi...bila dah setengah jalan dia mula tunjuk belang.dia tengking2 jugak la..tapi aku dah memang xlarat dengan demam semua cukup aku diam ja rasa macam xterdaya nak menjawab.Nampak macam penguji tu boring dengan aku.Dia tengking aku wat don't know ja.Sorry la time tu aku demam.Aku bawak slow ja dalam 30-40..haha...lagi la dia hot dengan aku.Dia tanya aku dengan lantangnya..HANG NI RETI BAWAK KETA KA X? aku cakap sepatah ja reti...dan seterusnya aku jawab lebih kurang camtu la.Aku tau dia saja nak perangat aku sebenarnya.

Bila dah nak sampai....tekan klac rapat brek pelan2,then aku free gear dan tarik handbrek.Memang berserah ja la masa tu.Aku dah memang xlarat sangat.Penguji tu pun cakap, Ok,saya dah boleh bg lesen lepas ni dah boleh memandu dah tapi belajar kat rumah dulu tau bg cekap .
Aku pun........ =,=    

Itulah pengalaman aku mengambil lesen memandu...hehehe...