free web site traffic and promotion

Wednesday, May 23, 2012

AWAS! Hati-Hati Dengan Post Anda Di FACEBOOK !

Kerana MULUT BADAN BINASA.Itulah peribahasa yang sesuai digambarkan dalam entry kali ni yang bertajuk AWAS! Hati-hati Dengan Post Anda Di Facebook! Mungkin ramai yang tak sedar dalam sibuk-sibuk kita melayari  laman sosial seperti Twitter,FB dll, batas tu kena jaga cik adik ...cik kak oiii...
FB bukanlah tempat luahan perasaan.Kenapa? Bangga sangat ka? Luah kt fb ...semua benda sampai dalam kain pun nak cerita...Euwww..ramai pulak tu yang baca ...Satu dunia boleh tau...Kalau orang yang berfikiran matang sikit la kan...apabila dia baca status2 hampa dalam fb maksudnya status yang kalau boleh semua nak bagi tau orang tu dia akan judge hampa mulut tempayan...maknanya golongan yang tidak boleh simpan rahsia.Dah terang lagi bersuluh masalah dia sendiri pun dia tak leh nak handle semua nak bagitau kat orang apa lagi nak simpan rahsia orang lain.Betul tak? Ok,untuk pengetahuan pembaca yang sedang membaca blog ini nabila ni baru saja lepas usha2 fb...lepas tu terrjumpa la dengan status2 yang boleh dianggap status budak baru kenali fb ni...huhh! macam2 depa tulis....yang tak baiknya tu tulis status pasal masalah diri sendiri, gaduh2 ngan kawan,then maki2,cintan berbagai.usha punya usha bukannya depa ni tak pandai sebelum post status depa tu ada pulak post pasal tak bagusnya luah perasaan dalam fb...sepatutnya luah pada Allah dengan cara berdoa...maknanya depa ni dah  tau tapi saja dok buat bengap....Yang tak bagusnya fb ni kan apabila diguna pada jalan yang salah.Contohnya,bila dia ni gaduh ngan kawan dia.Habih heboh tentang keburukan kawan tu biar satu dunia tau siap dengan ayat maki hamun.Wey! hampa ni tak pi sekolah ka? Rasanya subjek maki hamun ni xdak pulak dalam silibus.Cikgu tak pernah ajar pun.Hampa janganlah marah kalau cikgu TerKURANG ajar subjek yang tak perlu tu.Kedua, ada jugak yang post status bertujuan untuk menjatuhkan air muka orang lain.BAIK ka perbuatan anda itu? Cuba fikir2 dan renungkan sejenak... Dengan lihat saja status anda di fb, orang lain boleh judge anda seorang yang macam mana KURANG AJAR ka atau BAIK BUDI PEKERTInya.....atau lain2 perkataan yang boleh diguna pakai.... 



Hati2 tau dengan Post anda di FB! XD

No comments:

Post a Comment